California 2015

Masih diberi kesempatan menjejakkan kaki ke California sekali lagi. Kali ni ke Riverside, suasana yang agak berbeza berbanding Los Angelos dan San Diego. 




   Nik Amar, nak ikut ummi ke ni? Nak packing barang, dia yang masuk dalam beg dulu.
Terpaksa meninggalkan anak untuk tempoh hampir 2 bulan amat mencabar perasaan sebagai seorang Ibu. Amar berusia 2 tahun masa ni.




Perjalanan kali ini agak panjang kerana melalui Abu Dhabi. Hampir 26 jam di dalam kapal terbang.  Pengalaman pertama menaiki Etihad Airway tetapi beg ditinggalkan di Abu Dhabi semasa transit. 4 beg penumpang mengalami nasib yang sama. Hari Kedua dan ketiga saya menelefon khidmat pelanggan di LAX hampir sejam untuk bertanyakan status beg tetapi tiada jawapan dan emel tidak dibalas. Amat kecewa dengan khidmat pelnggan Etihad di LAX. Alhamdulillah, hari keempat, beg selamat sampai di Hotel. 

Dari "My Home Sweet Home bertukar" ke My Room, Sweet Room". Selama 6 minggu menginap di Marriott Riverside at Convention Center.




Permandangan dari dalam bilik hotel Marriot Riverside.  



Suasana malam yang tenang di Riverside tanpa bunyi siren polis tidak seperti di Los Angelos dan San Diego tapi hampir kesemua kedai tutup pukul 7.00 malam kecuali CVS pharmacy.


"Riverside Downtown Farmer Market" setiap Sabtu 8.00 pg - 1.00 ptg. Mereka menjual makanan yang ditanam sendiri

  1 bakul $2.50, 3 bakul $7.00

Pada setiap hujung minggu, di sini tempat wajib iaitu kedai dobi layan diri

 





Amar dan Si arnab at Zoo Melaka


Minggu ni dah 2 kali ke Zoo Melaka kerana melayankan si Amar. 
Kalau sebelum ni Si gajah dan keluarga kucing (Harimau, Singa dan harimau) yang tarik perhatian dia. 

Sekarang ni pulak "Rabbit pet fedding".

Masuk percuma untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke bawah manakala makanan si arnab dan gajah RM5.00




 Amar:   Rabbit, come here





                               Amar  : Wear my hat
                               Rabbit: Hmmm... pasrah je la











Ni gambar setahun yang lalu. Amar berusia 2 tahun
tiba-tiba jer posing, tak sempat nak adjust kamera

Di pintu masuk zoo

  Dah kena tukar baju. Belum sempat tengok yang lain dia dah main gelongsor. Kebetulan pulak gelongsor basah sebab hujan awal pagi tu.