Nanny 911


Nanny 911 merupakan suatu rancangan berbentuk “parental education”. Iaitu belajar dari kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat untuk dijadikan pengajaran. Sangat menarik dan wajar dijadikan iktibar. Kadang kala ibubapa merasakan cara mereka mendidik anak adalah terbaik. Walhal, anak-anak mungkin menderita dari sudut emosi dan mencetus perbuatan yang boleh dikatakan memberontak. Mungkin ingin menarik perhatian ibubapa barangkali atau ingin menyatakan mereka tersiksa dari sudut emosi dan hasilnya tindakan dalam bentuk fizikal.

Hari pertama nanny berada di rumah keluarga tersebut, dia akan melihat segala tindak tanduk seisi keluarga selama sehari. Kemudian dia akan menyatakan permasalahan yang berlaku kepada ibu dan bapa. Pada hari kedua, nanny akan meletakkan peraturan yang wajar dipatuhi. Misalnya:
1.   Jangan menggunakan tindakan fizikal (memukul, menyepak) untuk menunjukkan  ketidakpuasan hati tetapi nyatakan.
2.   Menghormati sesama sendiri
3.   Setiap perbuatan ada kesannya (setiap kesalahan ada hukumannya dan bertangungjawab terhadap apa yang kita lakukan)
4.   Setiap benda yang diingini tidak semestinya akan dipenuhi

Kali pertama menonton nanny 911, rasa amat teruja ingin melihat cara-cara pengasuh yang terlatih mengendali keluarga yang bermasalah atau anak yang tidak terurus itu. Aku yang melihat ni terasa macam nak tampar-tampar jer budak-budak tu. Betapa dia tak menghormati mak dan ayah mereka. Bila mereka tak puas hati, mak ayah akan di pukul atau di sepak. Tapi membalas kembali perbuatan anak-anak yang memberontak  dengan cara yang sama bukanlah tindakan yang tepat. (Walaupun masa tengok tu rasa macam nak tampar, tarik telinga dengan nak ketuk jer kepala budak-budak tu.. hahahaa.. )

Bila dianalisa kembali, kebanyakkan kes-kes yang di kendali oleh nanny berpunca dari mak dan ayah tu sendiri. Antaranya:
1.   Salah seorang akan bersifat terlalu mempertahankan anak-anak apabila pasangannya ingin memberi hukuman atas kesalahan mereka.
2.   Tidak menyokong tindakan pasangan tetapi sebaliknya bertengkar di hadapan anak-anak.
3.   Tidak meletakkan had dalam sesuatu perkara.
4.   Kurang berinteraksi dengan anak-anak, maka mereka tidak memahami pemasalahan anak-anak.
5.   Salah seorang pasangan bersifat tidak ambil peduli akan hal pengurusan anak.


Dalam rancangan itu, rata-ratanya usia anak dalam linkungan 2-13 tahun. Namun, perlakuan anak-anak amat agresif dalam menyatakan ketidakpuasan hati.  Bagi kita yang beragama islam, sewajarnya anak-anak dididik mengikut acuan Islam. Aku masih mengingati suatu dialog bersama kak Asma’. Mendidik anak bukan bermakna bermula selepas kelahiran anak ke dunia tapi seharusnya bermula dari sekarang. Biasakan yang betul dan Betulkan yang biasa. Mulakan pentarbiyahan dari sekarang. Tarbiyahkan diri kita, tuntutlah ilmu supaya kita menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak.  

Kesimpulannya, mendidik anak adalah suatu seni yang mengajar erti kesabaran. Anak kadang-kadang gagal mengikut kata-kata ibubapa tetapi anak tak pernah gagal meniru perbuatan ibubapanya.. (Cewahhh, macam dah ada anak kan?? Haha.. Insyaallah, becoming). 

At-Tabrani ada meriwayatkan satu hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
”Didiklah anak-anakmu dalam tiga perkara: Mencintai nabimu, mencintai keluarganya dan membaca Al-Quran. Maka sesungguhnya orang-orang yang membawa Al-Quran berada dalam naungan Arasy Allah ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya, bersama para Nabi dan orang-orang suci.”

p/s: Nanti cuba la tengok nanny 911 di NTV7 pukul 8.30 hari Jumaat.


0 comments: