Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

Solat:Penghayatan Sebagai Da'ie



Sabda Rasulullah saw:

الصُّلَاةُ عِمَادُ الدِّين ، مَن أَقاَمَهَا فَقَدْ أَقَامَ الدِّين ، وَمَن هَدَمَهَا فَقَدْ هَدَمَ الدِّين


maksudnya:
"Solat itu tiang agama, Sesiapa yang menegakkannya bererti dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkan Agama".



Usrah bersama mas'ul minggu lalu banyak menekankan mengenai solat. Yakinkah kita dengan kesempurnaan solat kita? Bagaimana yang di katakan ciri-ciri solat yang sempurna? Sepatutnya solat yang sempurna mampu membentuk peribadi kita dan menjaga akhlak kita dari berterusan melakukan perbuatan yang mungkar. Firman Allah swt:


اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


maksudnya:


"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Ankabut: 45)


Sekiranya solat kita berkualiti maka dengan sendirinya diri kita akan terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, jika kita berterusan tenggelam dalam lautan maksiat maka koreksi semula solat kita. Sepertimana satu sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Solat adalah perbuatan mula dihisab bagi seorang hamba. Apabila solatnya baik, maka baiklah semua perbuatanya dan apabila solatnya buruk, maka buruklah semua perbuatanya"



Dalam solat itu sendiri mempunyai elemen jika diteliti bukan hanya semata-mata sujud mengadap Allah.
Melalui kewajipan berjemaah dalam solat, umat Islam telah diajar sistem politik pemerintahan Islam. Dalam solat berjemaah, makmum diwajibkan mengikut imam serta menegurnya apabila terlupa atau tersalah. Dalam sebuah negara pula rakyat diwajibkan mentaati pemerintah tanpa boleh menderhakainya selagi tidak melanggar perintah Allah. Rakyat hendaklah menegur dan mengkritik secara membina terhadap pemerintah apabila terdapat penyelewengan atau kesilapan di dalam pemerintahannya. Pemerintah pula wajib menerima teguran dengan bijaksana daripada rakyat. Ibadah solat juga melatih kehidupan yang berdisiplin dan mengikut peraturan melalui penjagaan waktu solat, berbaris dalam saf dan kewajipan mengikut imam.

Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak memahami dan tidak berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dan menerapkan elemen hikmah ini dalam kehidupan. Akibatnya jadilah solat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud,

"Betapa ramai orang yang mendirikan solat (tetapi) habuan dari solatnya hanyalah penat lelah dan letih lesu jua" (Hadith riwayat an-Nasai).



Lepas Exam-program-usrah



Alhamdulillah, lepas satu bebanan exam. Niat di hati nak update blog lepas final paper tapi tidak berkesempatan kerana terpaksa berkejaran untuk program. Namun, semester ini mengajar erti lapang sebelum sempit dan sihat sebelum sakit. Sepertimana satu sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin), masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum mati."
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Kadang-kadang diri ini alpa ketika senang, bila diuji baru timbul rasa syukur akan nikmat kurniaan Allah. Sem ini memang betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal. Dengan taklifan baru yang agak berat ditambah pula dengan kesibukan sebagai siswi tahun akhir. Kemudian diuji pula dengan keadaan kesihatan yang kurang baik. Mujurlah kehadiran sahabat-sahabat di sisi sentiasa memberi perangsang.


Minggu lepas berkesempatan usrah bersama murabbi. Banyak juga input yang dapat dititip. Dari peranan mahasiswa terhadap islam hingalah kepada fikrah perjuangan islam. Terdapat 5 rintangan yang sentiasa melakari setiap kehidupan orang islam.
1. Orang Mukmin yang dengki kepadanya
2. Orang Munafiq yang benci kepadanya
3. Orang Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang berusaha menyesatkan
5. Nafsu yang menjatuhkan


Dalam memperjuangkan gerakan islam keikhlasan perlu dipasakkan di hati kerana dengan keikhlasan kita akan bebas dari penyakit futur yang sering melanda para da'ie. Jihad merupakan satu kewajipan fardu yang disyariatkan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu orang-orang islam sejak dulu- (Surah Al-Haj:78)


Kini, umat islam hampir-hampir melupakan tuntutan jihad yang mungkin dihakis oleh krisis sekularisme yang melanda. Semakin hari, ideologi pemikiran ini makin mendapat tempat di kalangan umat islam sehingga semakin galak mereka membelakangkan Al-Quran dan Sunnah kerana bertuhankan akal.


Tetapi, konsep jihad ini tidak seharusnya disempitkan dengan sekadar berjuang di medan perang untuk menegakkan agama Allah semata-mata malahan jihad merangkumi perjuangan melawan hawa nafsu, menghapuskan kezaliman, amar makruf nahi mungkar dan menyatakan kebenaran islam. Oleh itu, kita perlu menghayati konsep jihad yang sebenar-benarnya dan merealisasikan dalam menegakkan Khilafah Islamiah. Semangat jihad dan amar makruf nahi mungkar wajib dijadikan agenda masyarakat islam dalam memartabatkan kembali islam. Islam seharusnya diletakkan di tempat yang sewajarnya sebagai teras yang menunjangi kehidupan