Showing posts with label kampus. Show all posts
Showing posts with label kampus. Show all posts

Belajar Sambil Mencabar

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." 
- Profesor Diraja Ungku A. Aziz -

Adakah kehidupan seorang mahasiswa hanya sekadar berada di gelanggang dewan kuliah dan bilik tutorial tanpa perlu cakna pada permasalahan ummah dan masyarakat. Manusia tidak akan mengetahui potensi diri sekiranya tidak menerima tekanan. Oleh itu, belajar sambil mencabar merupakan sesuatu yang bisa merubah pemikiran dan pandangan mengenai sesuatu isu dalam skop yang lebih global dan matang. Manusia boleh diibaratkan seperti arang batu yang akan berubah menjadi berlian selepas menerima tekanan demi tekanan. Kemudian, dicanai serta digilap dan hasilnya, berlian yang indah. Begitu juga kita sebagai manusia. Jika kita hanya terus berada di zon selesa tanpa mencabar diri melakukan sesuatu yang luar biasa dari kehidupan seorang pelajar, maka bagaimana kita hendak mengenali potensi diri dan memperkasa mentaliti. Namun luar biasa bukan bermaksud sampai melanggar undang-undang tetapi luar biasa dari kehidupan mahasiswa yang hanya pergi berkuliah dan hujung minggunya keluar berjalan-jalan yang hanya berkisar pada kepentingan dan kepuasan diri.  

Penulis teringat suatu analogi yang diberikan oleh Prof Sidek Baba semasa program di Shah Alam tentang seorang pendakwah, mereka adalah seperti air dan asap, ia mengalir dan meresap. Seorang pendakwah harus bergerak aktif seperti air sungai yang tetap mengalir walaupun disekat. Jika disekat di sebelah kiri, ke kananlah ia akan mengalir. Jika disekat di sebelah kanan, maka ke kirilah pula ia akan mengalir. Jika diletakkan kain berdekatan asap, maka seluruh kain tersebut akan berbau asap. Janganlah menjadi seperti bola yang dilempar ke dinding, akhirnya melantun dan mencederakan kita semula. Semakin kuat lontaran itu, semakin sakitlah diri sendiri. Penyakit utama yang dihadapi oleh mahasiswa masa kini ialah kegagalan mereka berasimilasi dengan dunia semasa sebagai pewaris kepimpinan dunia dan negara, mereka perlu memahami dan melibatkan diri dalam pembinaan negara samada secara terus atau melalui aktiviti kemasyarakatan. 

Kita semua dilahirkan sebagai pemimpin sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal pimpinanmu.Seorang imam (pemerintah negara) adalah pemerintah dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya.Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya". (Riwayat Bukhari)

Setiap kita adalah pemimpin, samada utuk agama, bangsa, negara mahupun untuk diri sendiri. Ayuh sahabat-sahabat, gerakkan kepimpinan dalam diri anda.

Selamat Berasimilasi..



kuarantin...





Baru-baru ni gempar satu kampus kerana salah seorang siswi dikesan positif Influeza A (H1N1) atau "Swine Flu". Dengan sepantas kilatnya, kitaorang terpaksalah dikuarantinkan sementara menunggu tindakan dari pegawai kesihatan yang bertugas. Seharian terpaksa berkurung di hostel, sampai tak tahu nak ungkap tahap kebosanan. Mujurlah petang tadi ramai yang lepas ujian saringan. Sebelum ni ada ura-ura mengatakan kemungkinan terpaksa tangguhkan sem kalau ramai yang tak lepas ujian saringan. Alamatnya, lambat la nak habis belajar, lepas tu lambat la nak kawin.. hehe... anak sape la yang gatal sangat ni..


adik-adik kesayanganku


Virus influenza ni tersebar melalui titisan cecair dari mulut dan hidung ketika bercakap, bersin atau batuk. Virus ini akan masuk melalui saluran pernafasan. Terdapat 3 jenis virus influenza iaitu A, B dan C. Virus influenza A adalah paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia, manakala influenza B dan C hanya menjangkiti manusia sahaja. Kalau sahabat-sahabat yang belajar subjek biologi masa sekolah dulu mesti tahu yang influenza merupakan virus yang mempunyai keupayaan mutasi (perubahan genetik) yang tinggi untuk menghasilkan strain baru. Sebab itulah kita akan diserang selesema walaupun dah banyak kali pernah kena selesema. Itu kalau selesema biasa la. Tetapi, selesema babi ni merupakan mutasi antara campuran genetik virus selesema unggas(avian flu), babi(swine flu) dan manusia. Selalunya, mutasi virus influenza A akan mencetuskan kejadian epidemik(kejadian wabak influenza yang menyerang sekumpulam penduduk di sesuatu lokasi atau negara) dan pandemik influenza ( kejadian wabak yang menyerang sebahagian besar penduduk dunia, Ia berlaku disebabkan oleh kemunculan virus influenza baru dimana manusia tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap virus baru dan vaksin sedia ada tidak berkesan melindungi) . Sebelum ini, virus H1N1 juga pernah menyebabkan pandemik virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) dan dianggarkan telah mengorbankan hampir 50 hingga 100 juta penduduk dunia .


Alhamdulillah, semua sudah selesai walaupun masih terpaksa pakai mask dalam kampus tapi yang penting dah boleh bebas bertebaran di bumi kecuali beberapa sahabat-sahabat yang terpaksa dikuarantin selama 3 hari lagi. sabar la ye... Nanti dah ok, kita pegi makan ABC kat gerai Pak ujang.


Mangsa Jambu Batu

Agak kebosanan berada di kampus bila time cuti ni tapi nak buat macam mana, perjuangan masih belum selesai. Perjuangan nak siapkan final year project. Kalau boleh habiskan masa cuti ni, nanti dah tak payah fikir dah. Cuma tumpu untuk siapkan thesis dengan subjek sem depan saja. Tajuk final projek macam gempak jugak la tapi tak de la susah sangat. Kira ok la.. tambah-tambah pulak dapat supervisor dengan sub supervisor yang banyak membantu. Alhamdulillah, dipermudahkan dengan bantuan kedua-dua supervisor. Memang superb la. Tajuk final projek pasal "Development of Edible Coating using Response Surface Methodology. Kira buat development untuk coating buah supaya tahan lama. Bila export nanti tak akan merugikan, senang cerita menjimatkan kos dan pada masa yang sama selamat dimakan kerana mengunakan bahan semulajadi untuk buat coating dia. Kebanyakkan buah atau sayuran di pasaran menggunakan chemical coating yang agak merbahaya. Bahaya untuk long term effect, short term effect memang tak nampak sangat la.. Biasala kan, bahan kimia. Cuba korang beli buah atau sayur di supermarket, kemudian biar jer dekat luar. Bukan luar rumah , letak dalam rumah la tapi jangan letak dalam peti sejuk. Cuba tengok berapa lama ketahanan buah atau sayur yang korang beli tu. Salad yang beli di supermarket pun kura-kura tak nak makan. tapi tak tau la kalau kura-kura tu karnivorkan. hahaha.. Lepas 2 bulan pun salad tu tak reput, memang betul-betul makan bahan kimia la. Patut la semua rakyat dekat dunia ni sihat-sihat belaka. Sekarang dah dapat composition yang nak guna cuma tinggal untuk buat optamization jer. Coating tu nanti akan digunakan pada psidium guajava atau nama glamournya, jambu batu. Jambu batu kat Melaka ni bulat tapi kalau jambu dari Bidor lonjong sikit.



Ni baru 1 rak jambu, de 1 rak lagi. Hampir 50biji juga la jambu jadi mangsa untuk projek ni. Kalau la boleh makan.. memang sodap ni.. Tambahan pulak cicah dengan kuah rojak mak bee.. Tanyalah kawan-kawan yang tinggal di Kedah, kuah rojak ni memang popular. Sedap...