Title macam desperate sangat nak kawinkan tapi sebenarnya tak sampai tahap wajib kawin lagi rasanya. Walaupun ada sahabat yang kata saya dah wajib kawin tapi agak musykil gak la.. Apa indikator yang mengatakan saya wajib kawin. hehe.. Kebelakangan ni banyak sangat sahabat yang melansungkan perkahwinan. Moga dengan pelayaran bahtera perkahwinan merancakkan lagi roh perjuangan di medan dakwah ni. Bukan setakat terima kad-kad jemputan perkahwinan, ada sahabat hadiahkan buku. Memang saya suka baca buku tapi tajuknya.. hehe... "Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul". Thank wani sebab hadiahkan buku tu. Satu buku lagi tajuknya "Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah". Tapi apapun, buku-buku tu memang best sangat. Tadi terbaca kat blog kak wani pasal "manusia biasa". Pasal cinta jugak.. Mencintai dirinya kerana dia adalah manusia biasa. Hmmm... menarik tu..
Cinta itu adalah fitrah kejadian kita sebagai manusia. Manusia memang ingin menyintai dan dicintai. Tetapi kita acap kali berbicara mengenai cinta sesama manusia berbanding cinta kepada Allah dan Rasul walaupun kita tahu cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki. Semakin kita meningkat remaja semakin tegar hati berbicara mengenai cinta berlainan jantina. Islam tidak menentang cinta berlawanan jantina namun, demi menjamin kemaslahatan masyarakat, Islam menetapkan batas-batas yang perlu dijaga oleh setiap insan dalam bercinta supaya syariat Allah terpelihara. Cinta dalam Islam menfokuskan cinta kepada Allah dahulu yang seterusnya menjadi tunjang dalam menguruskan cinta yang lahir sesama manusia. Perasaan cinta seharusnya di salurkan pada tempat yang sepatutnya. Cinta yang pada asalnya fitrah mampu kecundang apabila tindakan kita membelakangkan syariat dan bertukar menjadi fitnah. Sesungguhnya syaitan hanya mencari peluang dan ruang untuk menundukkan iman kita yang senipis kulit bawang ini. Fikir-fikirkanlah...
Bila bercakap mengenai bercinta selepas berkahwin bagaikan suatu perkara yang pelik kepada masyarakat berbanding bercinta sebelum kahwin. Ini mungkin kerana kita sering dihidangkan dengan filem-filem berunsur cinta sebelum kahwin yang dihiasi dengan adegan-adegan romantis yang mengetar perasaan. Sukar sekali mencari filem-filem yang dihasilkan oleh penerbit tempatan yang berorientasikan islam yang sebenar. Kebanyakkan menyeleweng dari makna islam yang sebenar dan memberi maksud yang salah. Kita masih belum mampu menandingi filem bercorak islamik dari negara jiran seperti filem ayat-ayat cinta dan perempuan berkalung serban.
Sebelum ini saya agak ternanti-nanti untuk menonton drama yang mengisi slot samarinda yang berjudul Yusuf. Namun, hanya kekecewaan yang hadir. Inikah yang dinamakan "filem kita, wajah kita". Kita dengan bangganya mengatakan Malaysia sebagai negara Islam. Cuba kita tilik kembali, adakah Malaysia negara Islam atau negara umat Islam dimana majoriti penganutnya beragama Islam tetapi membelakangkan perundangan islam dan cara hidup islam. Mungkin sisa-sisa penjajahan masih belum terpadam sepenuhnya sehingga mengakibatkan masyarakat kita lebih menerima ideologi-ideologi barat yang merosakkan. Inilah yang dikatakan "realiti kita telah merdeka tapi mentaliti kita masih di takuk lama".

0 comments:
Post a Comment