Warnakan Harimu


Hari

Warna

Isnin

Putih

Selasa

Pink / Violet

Rabu

Biru

Khamis

Kuning/ Oren

Jumaat

Hijau

Sabtu

Merah

Ahad

Hitam



Suatu kajian saintifik menemui pengaruh resonan warna terhadap psikologi manusia yang diperolehi kesan daripada “vibration visual light”. Resonan bermaksud mematuhi hukum keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari. Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari.


Isnin
  • Warna putih warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary.
  • Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin.
  • Hari Isnin sepatutnya hari paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru.
  • Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.


Selasa
  • Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
  • Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Rabu
  • Warna biru warna perangsang kelenjar Tyroid.
  • Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan.
  • Paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.
  • Hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Khamis
  • Warna kuning warna rangsangan sistem penghadaman
  • Warna oren warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.
  • Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.
  • Asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Jumaat
  • Hijau Tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.
  • Aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat.
  • Hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.

Sabtu
  • Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
  • Hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Ahad
  • Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak.
  • Hari yang sesuai untuk beristirehat.


Wallahualam..

p/s: selain dari warna jgn lupa menutup aurat ye..

Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadis. Antaranya firman Allah swt yang bermaksud:

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”
(Surah al-A‘raaf : ayat 26)

Sementara itu dalil daripada hadis yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat itu ialah yang diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya:

“Dia berkata: “Saya bertanya:
Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah saw bersabda:
Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya:
“Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”


Rasulullah saw bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.

Dia berkata: “Saya bertanya:
Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah saw bersabda:
“Allah itu lebih berhak dimalui daripada manusia.”

(Hadis riwayat Abu Daud)


0 comments: