Posted by
Masnita Abdul Ghani
May 27, 2009
at
10:29:00 PM
Title macam desperate sangat nak kawinkan tapi sebenarnya tak sampai tahap wajib kawin lagi rasanya. Walaupun ada sahabat yang kata saya dah wajib kawin tapi agak musykil gak la.. Apa indikator yang mengatakan saya wajib kawin. hehe.. Kebelakangan ni banyak sangat sahabat yang melansungkan perkahwinan. Moga dengan pelayaran bahtera perkahwinan merancakkan lagi roh perjuangan di medan dakwah ni. Bukan setakat terima kad-kad jemputan perkahwinan, ada sahabat hadiahkan buku. Memang saya suka baca buku tapi tajuknya.. hehe... "Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul". Thank wani sebab hadiahkan buku tu. Satu buku lagi tajuknya "Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah". Tapi apapun, buku-buku tu memang best sangat. Tadi terbaca kat blog kak wani pasal "manusia biasa". Pasal cinta jugak.. Mencintai dirinya kerana dia adalah manusia biasa. Hmmm... menarik tu..
Cinta itu adalah fitrah kejadian kita sebagai manusia. Manusia memang ingin menyintai dan dicintai. Tetapi kita acap kali berbicara mengenai cinta sesama manusia berbanding cinta kepada Allah dan Rasul walaupun kita tahu cinta pada Allah adalah cinta yang hakiki. Semakin kita meningkat remaja semakin tegar hati berbicara mengenai cinta berlainan jantina. Islam tidak menentang cinta berlawanan jantina namun, demi menjamin kemaslahatan masyarakat, Islam menetapkan batas-batas yang perlu dijaga oleh setiap insan dalam bercinta supaya syariat Allah terpelihara. Cinta dalam Islam menfokuskan cinta kepada Allah dahulu yang seterusnya menjadi tunjang dalam menguruskan cinta yang lahir sesama manusia. Perasaan cinta seharusnya di salurkan pada tempat yang sepatutnya. Cinta yang pada asalnya fitrah mampu kecundang apabila tindakan kita membelakangkan syariat dan bertukar menjadi fitnah. Sesungguhnya syaitan hanya mencari peluang dan ruang untuk menundukkan iman kita yang senipis kulit bawang ini. Fikir-fikirkanlah...
Bila bercakap mengenai bercinta selepas berkahwin bagaikan suatu perkara yang pelik kepada masyarakat berbanding bercinta sebelum kahwin. Ini mungkin kerana kita sering dihidangkan dengan filem-filem berunsur cinta sebelum kahwin yang dihiasi dengan adegan-adegan romantis yang mengetar perasaan. Sukar sekali mencari filem-filem yang dihasilkan oleh penerbit tempatan yang berorientasikan islam yang sebenar. Kebanyakkan menyeleweng dari makna islam yang sebenar dan memberi maksud yang salah. Kita masih belum mampu menandingi filem bercorak islamik dari negara jiran seperti filem ayat-ayat cinta dan perempuan berkalung serban.
Sebelum ini saya agak ternanti-nanti untuk menonton drama yang mengisi slot samarinda yang berjudul Yusuf. Namun, hanya kekecewaan yang hadir. Inikah yang dinamakan "filem kita, wajah kita". Kita dengan bangganya mengatakan Malaysia sebagai negara Islam. Cuba kita tilik kembali, adakah Malaysia negara Islam atau negara umat Islam dimana majoriti penganutnya beragama Islam tetapi membelakangkan perundangan islam dan cara hidup islam. Mungkin sisa-sisa penjajahan masih belum terpadam sepenuhnya sehingga mengakibatkan masyarakat kita lebih menerima ideologi-ideologi barat yang merosakkan. Inilah yang dikatakan "realiti kita telah merdeka tapi mentaliti kita masih di takuk lama".
Posted by
Masnita Abdul Ghani
May 20, 2009
at
10:00:00 PM
Hopefully it’s not too late to wish happy teachers’ day, even though it’s late already. I want to thank my mom and dad that brings me to the world with full of love and the most important thing, they teach me about life with patient. Also thank to my teachers from kindergarten until I big enough to make disaster at SK Jejawi, SK Anak-Anak Angkatan Tentera, SK Bandar Baru Darul Aman, SMK Tanjung Pauh and SMK Jitra. I love making disaster... People say teachers are like candle, burning it to light others. Its same goes to me, teachers are like beacons of light guiding us in the formative years of our life. The teachers play an important role in fostering the intellectual and social development of person.
While waiting the final result examination of matriculation, I just trying apply for replacement teacher. Fortunately, I get the opportunity to gain and share the knowledge with student. On 10th April 2006, I started my duty at SK Tunjang, Jitra to replace Pn Rosyada. Actually, I think that I will replace mathematics or science teachers but I had to replace English teachers. I’m just doing all my best and hopes not teach English in “ajaran sesat” version. Haha... Thank to all teachers and staff of SK Tunjang that really welcoming and always help me. I’m really appreciated the moment being teachers. It’s teaches me about something that I couldn’t see and find in campus life. Those moments are glorious to me, I’m missed my student. Till now, after 3 years, I still received teacher’s day dedications from my students. I really missed them… My lovely and kind students.
school pavilion
I had the opportunity to celebrate teacher’s day with my student because my agreement finished on 21st May 2006. I got a bundle of present, actually it’s not main reasons that touch my heart. I’m really touching with their will to study. Their always ask me to teach them after the school period because they said, they want to be somebody. They want study hard to achieve their ambitions and to prove to other person that love underestimate them, that they will be somebody in someday. I’m going to school with my red Yamaha Ego and it’s hard for me to bring all gifts back to home. Ustazah said to me, “Mas, hang tak mau teruih mengajaq ka, ni baru mengajaq 2 bulan dah dapat banyak hadiah dari saya yang mengajaq 10 tahun ni”. I’m just keeping smiling because my real journey will begin when i'm entered university. My real journey...
The scenery to SK Tunjang
The joyful of teaches is when we seeing students develop new skills. Gain an appreciation of knowledge and learning can be very rewarding. However, teaching may be frustrating when one is dealing with disrespectful students. Occasionally, teachers must cope with stress in dealing with large classes, unruly students and heavy workloads. Actually it’s commons view, even though I’m just replacement teachers but I have too through the same problem.
Teachers
Teachers Paint their minds And guide their thoughts Share their achievements and advise their faults
Inspire a Love Of knowledge and truth As you light the path Which leads our youth
For our future brightens With each lesson you teach Each smile you lengthen Each goal you help reach
For the dawn of each poet Each philosopher and king Begins with a Teacher And the wisdom they bring.
By Kevin William Huff.
Lastly, to all teachers in the world, you are not only teacher. Rather, you are friend, philosopher and guide, all molded into one person. We will always be grateful to you for your support. Thank you Teachers...
Posted by
Masnita Abdul Ghani
May 19, 2009
at
11:00:00 PM
Agak kebosanan berada di kampus bila time cuti ni tapi nak buat macam mana, perjuangan masih belum selesai. Perjuangan nak siapkan final year project. Kalau boleh habiskan masa cuti ni, nanti dah tak payah fikir dah. Cuma tumpu untuk siapkan thesis dengan subjek sem depan saja. Tajuk final projek macam gempak jugak la tapi tak de la susah sangat. Kira ok la.. tambah-tambah pulak dapat supervisor dengan sub supervisor yang banyak membantu. Alhamdulillah, dipermudahkan dengan bantuan kedua-dua supervisor. Memang superb la. Tajuk final projek pasal "Development of Edible Coating using Response Surface Methodology. Kira buat development untuk coating buah supaya tahan lama. Bila export nanti tak akan merugikan, senang cerita menjimatkan kos dan pada masa yang sama selamat dimakan kerana mengunakan bahan semulajadi untuk buat coating dia. Kebanyakkan buah atau sayuran di pasaran menggunakan chemical coating yang agak merbahaya. Bahaya untuk long term effect, short term effect memang tak nampak sangat la.. Biasala kan, bahan kimia. Cuba korang beli buah atau sayur di supermarket, kemudian biar jer dekat luar. Bukan luar rumah , letak dalam rumah la tapi jangan letak dalam peti sejuk. Cuba tengok berapa lama ketahanan buah atau sayur yang korang beli tu. Salad yang beli di supermarket pun kura-kura tak nak makan. tapi tak tau la kalau kura-kura tu karnivorkan. hahaha.. Lepas 2 bulan pun salad tu tak reput, memang betul-betul makan bahan kimia la. Patut la semua rakyat dekat dunia ni sihat-sihat belaka. Sekarang dah dapat composition yang nak guna cuma tinggal untuk buat optamization jer. Coating tu nanti akan digunakan pada psidium guajava atau nama glamournya, jambu batu. Jambu batu kat Melaka ni bulat tapi kalau jambu dari Bidor lonjong sikit.
Ni baru 1 rak jambu, de 1 rak lagi. Hampir 50biji juga la jambu jadi mangsa untuk projek ni. Kalau la boleh makan.. memang sodap ni.. Tambahan pulak cicah dengan kuah rojak mak bee.. Tanyalah kawan-kawan yang tinggal di Kedah, kuah rojak ni memang popular. Sedap...
Posted by
Masnita Abdul Ghani
May 18, 2009
at
4:50:00 PM
Lepas balik dari program di Shah Alam hari tu ingat nak menghabiskan masa dalam bilik saja al-maklumlah, dah 3 hari meninggalkan bilik. Tapi tiba-tiba ada sahabat ajak keluar main boling. Apa lagi, cepat-cepat terima pelawaan. Kalau tak memang terperap dalam bilik jawabnya. Sebenarnya memang nak keluar pun (haha..) tapi tak tahu nak kemana. Bila ada orang ajak apa lagi, terima je la.. Kang menyesal pulak kalau menolak. Selagi tak mula final projek boleh la berjalan-jalan dengan senang hati. Lepas main boling, masuk la kedai buku. Kemudian terpandang buku yang comel. Tajuknya "kamceng dengan solat", harga RM13.00 jer. Buku ni pun sebenarnya Akhi Rahim dari Manipal yang cadangkan.
Akhirnya jumpa juga buku ni.. Buku yang agak santai tapi penuh dengan input. Cara pendekatan yang digunakan amat menarik sesuai dalam mendekati mad'u yang bergelar remaja dan mendidik menjadi generasi "soleh wa musleh". Sebenarnya agak rambang mata juga la dalam kedai tu. Banyak sangat buku, rasa macam nak beli semua jer tambahan pulak ada beberapa buku "new arrival". Best jugak la shopping buku hari tu, setidak-tidaknya hilang jugak kecewa tak dapat pergi pameran buku antarabangsa dekat PWTC bulan lepas. Masa tu dah nak dekat final, cuma sempat pergi Biocareer Fair & Exhibition jer.
memang best exhibition tu. Bukan jer pendedahan mengenai industry biotech di Malaysia ni tapi mcm2 produk dan kajian yang di pamerkan. Sebenarnya banyak lagi gmbar tapi belum transfer dari handycam. jd kepada kawan2 yang nak ambil gmbar, sabar ye. hehehe..
maksudnya: "Solat itu tiang agama, Sesiapa yang menegakkannya bererti dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya bererti dia meruntuhkan Agama".
Usrah bersama mas'ul minggu lalu banyak menekankan mengenai solat. Yakinkah kita dengan kesempurnaan solat kita? Bagaimana yang di katakan ciri-ciri solat yang sempurna? Sepatutnya solat yang sempurna mampu membentuk peribadi kita dan menjaga akhlak kita dari berterusan melakukan perbuatan yang mungkar. Firman Allah swt:
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Ankabut: 45)
Sekiranya solat kita berkualiti maka dengan sendirinya diri kita akan terhindar dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, jika kita berterusan tenggelam dalam lautan maksiat maka koreksi semula solat kita. Sepertimana satu sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Solat adalah perbuatan mula dihisab bagi seorang hamba. Apabila solatnya baik, maka baiklah semua perbuatanya dan apabila solatnya buruk, maka buruklah semua perbuatanya"
Dalam solat itu sendiri mempunyai elemen jika diteliti bukan hanya semata-mata sujud mengadap Allah. Melalui kewajipan berjemaah dalam solat, umat Islam telah diajar sistem politik pemerintahan Islam. Dalam solat berjemaah, makmum diwajibkan mengikut imam serta menegurnya apabila terlupa atau tersalah. Dalam sebuah negara pula rakyat diwajibkan mentaati pemerintah tanpa boleh menderhakainya selagi tidak melanggar perintah Allah. Rakyat hendaklah menegur dan mengkritik secara membina terhadap pemerintah apabila terdapat penyelewengan atau kesilapan di dalam pemerintahannya. Pemerintah pula wajib menerima teguran dengan bijaksana daripada rakyat. Ibadah solat juga melatih kehidupan yang berdisiplin dan mengikut peraturan melalui penjagaan waktu solat, berbaris dalam saf dan kewajipan mengikut imam. Matlamat hikmah solat tersebut tidak akan terhasil sekiranya seseorang yang mengerjakan solat itu tidak memahami dan tidak berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan dan menerapkan elemen hikmah ini dalam kehidupan. Akibatnya jadilah solat sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud,
"Betapa ramai orang yang mendirikan solat (tetapi) habuan dari solatnya hanyalah penat lelah dan letih lesu jua" (Hadith riwayat an-Nasai).
Alhamdulillah, lepas satu bebanan exam. Niat di hati nak update blog lepas final paper tapi tidak berkesempatan kerana terpaksa berkejaran untuk program. Namun, semester ini mengajar erti lapang sebelum sempit dan sihat sebelum sakit. Sepertimana satu sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin), masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum mati." (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Kadang-kadang diri ini alpa ketika senang, bila diuji baru timbul rasa syukur akan nikmat kurniaan Allah. Sem ini memang betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal. Dengan taklifan baru yang agak berat ditambah pula dengan kesibukan sebagai siswi tahun akhir. Kemudian diuji pula dengan keadaan kesihatan yang kurang baik. Mujurlah kehadiran sahabat-sahabat di sisi sentiasa memberi perangsang.
Minggu lepas berkesempatan usrah bersama murabbi. Banyak juga input yang dapat dititip. Dari peranan mahasiswa terhadap islam hingalah kepada fikrah perjuangan islam. Terdapat 5 rintangan yang sentiasa melakari setiap kehidupan orang islam. 1. Orang Mukmin yang dengki kepadanya 2. Orang Munafiq yang benci kepadanya 3. Orang Kafir yang memeranginya 4. Syaitan yang berusaha menyesatkan 5. Nafsu yang menjatuhkan
Dalam memperjuangkan gerakan islam keikhlasan perlu dipasakkan di hati kerana dengan keikhlasan kita akan bebas dari penyakit futur yang sering melanda para da'ie. Jihad merupakan satu kewajipan fardu yang disyariatkan. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya, Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu orang-orang islam sejak dulu- (Surah Al-Haj:78)
Kini, umat islam hampir-hampir melupakan tuntutan jihad yang mungkin dihakis oleh krisis sekularisme yang melanda. Semakin hari, ideologi pemikiran ini makin mendapat tempat di kalangan umat islam sehingga semakin galak mereka membelakangkan Al-Quran dan Sunnah kerana bertuhankan akal.
Tetapi, konsep jihad ini tidak seharusnya disempitkan dengan sekadar berjuang di medan perang untuk menegakkan agama Allah semata-mata malahan jihad merangkumi perjuangan melawan hawa nafsu, menghapuskan kezaliman, amar makruf nahi mungkar dan menyatakan kebenaran islam. Oleh itu, kita perlu menghayati konsep jihad yang sebenar-benarnya dan merealisasikan dalam menegakkan Khilafah Islamiah. Semangat jihad dan amar makruf nahi mungkar wajib dijadikan agenda masyarakat islam dalam memartabatkan kembali islam. Islam seharusnya diletakkan di tempat yang sewajarnya sebagai teras yang menunjangi kehidupan
Posted by
Masnita Abdul Ghani
May 6, 2009
at
11:22:00 PM
Hari
Warna
Isnin
Putih
Selasa
Pink / Violet
Rabu
Biru
Khamis
Kuning/ Oren
Jumaat
Hijau
Sabtu
Merah
Ahad
Hitam
Suatu kajian saintifik menemui pengaruh resonan warna terhadap psikologi manusia yang diperolehi kesan daripada “vibration visual light”. Resonan bermaksud mematuhi hukum keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.
Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari. Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari.
Isnin
Warna putih warna perangsang Kelenjar Pine dan Kelenjar Pitutary.
Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin.
Hari Isnin sepatutnya hari paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru.
Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Selasa
Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Rabu
Warna biru warna perangsang kelenjar Tyroid.
Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan.
Paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata.
Hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.
Khamis
Warna kuning warna rangsangan sistem penghadaman
Warna oren warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.
Asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Jumaat
Hijau Tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.
Aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat.
Hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga.
Sabtu
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Ahad
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak.
Hari yang sesuai untuk beristirehat.
Wallahualam..
p/s: selain dari warna jgn lupa menutup aurat ye..
Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadis. Antaranya firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A‘raaf : ayat 26)
Sementara itu dalil daripada hadis yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat itu ialah yang diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya: Maksudnya:
“Dia berkata: “Saya bertanya:
“Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”
Rasulullah saw bersabda:
“Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”
Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”
Rasulullah saw bersabda:
“Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”
Dia berkata: “Saya bertanya:
“Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”
Rasulullah saw bersabda:
“Allah itu lebih berhak dimalui daripada manusia.”
coretan hanya sekadar perkongsian pengalaman, idea, kritikan dan pandangan daripada penulis. kekurangan dipasakkan kepada kelemahan penulis sendiri dan sebarang teguran amat dialu-alukan.
“Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat.”
– Bapak Natsir-
"Kita merupakan natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita."
Pegangan yang bodoh dan sia-sia ialah:"Melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang tetapi mengharapkan hasil yang berbeza-beza."
"The future belongs to those who prepare for it today!" -Malcom X-
Santapan Rohani
Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (Ali-Imran:92)
____________________________________________
Firman Allah Taala "...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan." (An-Nahl:61)
____________________________________________
Sabda Rasulullah saw "Barang siapa mencari keredhaan manusia dengan perbuatan yang dimurkai Allah, maka Allah akan membiarkan dan menyerahkan orang itu kepada mereka" (Tarmidzi)